10 November 2009

Sajak Untuk Nur

Nur
Pertama kali
Ku lihat kau di raya lalu
Senyum terukir di balik remos keningmu
Tiada tangis kau ...
Dalam ribaku
Ya Nur...
Panggilku kau mahu...
Lembut namamu begitu..
Tajam matamu di redup mansu
Jauh menikam kalbuku
Memahat rindu
Ya Nur....
Ya Nur....
Ya Nur....
.
.
.
Almurady
22 Zulkaedah 1430
10 Nov 2009

08 November 2009

Pialo Malaysia vs Mari Berdansa...Suasano di Kuching

Tahiah kepada Negori 9 . Monang Pialo Malaysia dongan skor 3 - 1.
61 tahun menunggu untuk monang Piala Malaysia. 3 kali cubo kali ni dapek..
Memang hebat. Tapi Den malam tadi tak dapek tengok abih. Apo tak eh...poi makan kek Raja Ayam Penyet dopan Arif Hotel, Kuching. Ado skrin bosar kek situ. Lopeh duduk mintak order den pun kushuk tengok bola yang baru nak start.
Walaupun suaro tak dongar, gambar cantik torang dan joleh. Tapi memang siul tokey atau sapo yang pogang remote control malam tadi...tongah sodap tengok bola, maso tu N9 dah score sebijik, tetibo ado kutu tukar rancangan ke 'Sehati Berdansa'!
Eden punyo hangin...tapi tak di apik eh doh! Ado lagi duo tigo oghang komplen tapi tak jugak di apik dek kutu tu. Majoriti oghang yang makan kek situ pulak tak kesah. Suko lagi tengok oghang berjoget. Jantan dayus yang suko dan biarkan satu dunio tengok aurat bini dio terlentok-lentok menari!
Patutlah bola sepak Sarawak hancus. Pado tengok bola ghamai yang lobih suko tengok oghang berdansa!!. Den bayar makan cabut poi tompek lain. Ayam Penyet dio memang sodap tapi elok buang yolah skrin bosar tu! Elok oghang tengok bola tunjuk pesta maksiat 'mari berdansa'. Hampeh!!


.

.

06 November 2009

Tindakan Injuksi..Wajar?

Wang ehsan: Kelantan cadang perjanjian carigali dibatal!
Salma Husin Thu Nov 05, 09 7:45:37 am HARAKAH

KOTA BHARU, 5 Nov: Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.
Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA).
'Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara,' ujarnya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.
Di persidangan parlimen hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu wang ehsan akan diberi kepada rakyat Kelantan dan bukan royalti sebagaimana dituntut kerajaan negeri.
Husam berkata, kemungkinan juga kerajaan negeri akan mendapat perintah injuksi pengeluaran sementara kepada operator pengeluaran sama ada di CAA dan JDA di mahkamah di luar Malaysia.
Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan panel guaman yang bakal dilantik nanti.
Bagaimanapun kata beliau usaha perbincangan dengan kerajaan pusat tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hak royalti.
Katanya juga pembayaran royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak dibuat walaupun pelantar cari gali berada di luar tiga batu nautika.
'Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika,' ujarnya.
Pada masa yang sama Husam turut melahirkan bimbangan jika kerajaan pusat tidak menyalurkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri sebaliknya melalui agensinya.
Beliau yakin pembangunan tidak akan dapat dinikmati dengan baik rakyat di negeri ini seperti yang berlaku di Terengganu, biar pun negeri itu sudah 20 tahun mendapat royalti minyak.
?Ini kerana negeri itu masih tersenarai antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin ramai di negara ini,? ujarnya.
Tuntutan royalti sebanyak RM1 bilion yang dibuat kerajaan Kelantan sebelum ini berdasar laporan Jabatan Statistik yang mendedahkan negeri ini tersenarai sebagai negeri pengeluar minyak.
----------------------------------
Kalau pengeluaran minyak dari perairan Kelantan dihentikan, Petronas akan kehilangan hasil minyak yang lumayan. Sebab Petronas milik negara, maka kita rakyat juga yang akhirnya merasa perit. Tapi itulah hakikatnya...telan mati emak luah mati bapak. Kalau tak diajar, bila penguasa Petronas tu (PM dan konco2nya) akan sedar. Elok juga dipeletok tangan Petronas, biar Najib terasa sakitnya. Kita rakyat tahan lah sekejap. Kejayaan memerlukan pengorbanan.
Sementara menunggu Mahkamah memutuskan samada boleh batal atau tidak hak carigali minyak di perairan Kelantan, injuksi ke atas pengeluaran hasil MINYAK dan GAS akan menguatkan tuntutan Kelantan ke atas royalti minyaknya. Kelantan akan punyai lebih kuasa tawar menawar dengan adanya injunksi. Tapi ia mungkin mengambil masa yang lama. Kerajaan Malaysia dan Petronas akan rugi banyak jika dibiarkan.
Maka daripada membiarkan Kelantan membakar kelambu baik kita tolong halau nyamuk. Spray ridsect ke atau pakai pelempang ke, tak kesah janji mati. Bebas kita dari penghisap darah senanglah kita hidup.....ada paham?
.
.

03 November 2009

Elak Cerai, Belajar Romen.....?

Malaysia state helps jaded couples beat the blues
AP - Tuesday, November 3
KUALA LUMPUR, Malaysia – A Malaysian state government fretting about rising divorces said Monday it will offer classes on romance to help Muslim couples stay together _ even encourage them to bathe together to promote intimacy.Officials will hire image consultants to hold workshops providing tips for wives on how to remain attractive, including using perfume and wearing lingerie to spice up their sex life, said Muhammad Ramli Nuh, a lawmaker in northern Terengganu state. Husbands should wear clean pajamas and reduce body odor.The state will also invite cosmetics manufacturers to come up with special scents meant to "help sustain the happiness" in marriages, Muhammad Ramli said.Authorities in the Muslim-majority state are also urging couples to spend as much time together to boost their rapport, including by praying, eating and bathing together."Their time together shouldn't only be in the bedroom sleeping," Muhammad Ramli said.Muhammad Ramli, a top official in the state's Islamic development council, did not immediately have data on divorces in Terengganu, but said it was "becoming a problem that must be tackled."The suggestion could appear bold in this Muslim-majority, conservative country where people generally do not discuss their private lives openly.

......................................
Sekali aku baca laporan berita AP di atas aku rasa nak tergelak ada, kesal ada, kesian ada dan marah pun ada. Pendek kata perasaan aku tak tentu arah nak beriaksi bagaimana. Kerjaan Terengganu ni tak ada kerja yang lebih berfaedah ke? Memanglah, kadar perceraian di kalangan orang Melayu Islam semakin kritikal saban hari. Bulan depan datang lagi musim nikah kawin. Ramailah yang bernikah tapi malangnya ramai juga yang bercerai, dan perceraian ni tak ikut musim. Ia berlaku sepanjang tahun.
(Gambar sekadar hiasan...)
Apa sebabnya terlalu banyak kes perceraian di kalangan orang Melayu? Orang lain bercerai juga tapi kadarnya tidak setinggi orang Melayu. Adakah 'romance' dah hilang? Nampaknya itulah yang disalahkan oleh YB Muhammad Ramli Nuh. Maka kerjaan Terengganu akan melantik beberapa badan swasta untuk memberi kursus tentang romen (antaranya supaya sang isteri kekal menawan dengan menggunakan wangi-wangiandan memakai lingerie) , khidmat nasihat tentang imej dan yang paling lawak sekali menjemput syarikat pembuat minyak wangi untuk mengeluarkan minyak wangi khas yang boleh mengekalkan kebahagian rumahtangga. Ada ka?

Kalau pasal beromen orang Melayu memang hebat. Tengoklah di Chow Kit ata Waterfront Kuching. Macam-macam ubat kuat dan alat rangsangan sex yang dijual. Bukalah surat khabar orang Melayu baik yang pojok seperti Bacaria atau pun yang serius seperti Utusan Malaysia, waima Harakah sekali pun. Iklan tentang produk untuk kuat tenaga bathin dan alat bantuan hubungan intim banyak dipaparkan. Ikut konsep ekonomi mudah, kalau tak ada permintaan takkan ada banyak tawaran. Jadi pasal perkara dalam kelambu tak payahlah YB Muhammad Nuh risau orang Melayu memang terer!.

Masalah kadar perceraian yang tinggi bukan masalah fizikal tapi spiritual. Daripada mengabihkan boreh bayar konsultan dan syarikat minyak wangi, lebih baiklah YB Muhammad Nuh tumpukan kepada bagaimana mahu meningkat iman dan taqwa orang Melayu. Itu yang sebenarnya. Hari ini kerana terlalu mengejar dunia suami isteri kurang bersama tapi banyak masa dengan orang lain. Orang ketiga timbul dan menyebabkan ketegangan dalam rumah tangga.

Kefahaman agama yang rendah atau dalam sesetengah kes, kefahaman yang hampir sifar menyebabkan huru hara rumahtangga. Hak suami isteri dilanggar masing-masing. Tanggung jawab suami isteri tidak difahami, maka memang takkan lamalah sesebuah perkahwinan itu.

Kerajaan Terengganu dan juga negeri-negeri lain harus mengambil langkah untuk meningkatkan fahaman agama orang Islam. Kursus Kahwin yang wajib dijalani oleh pasangan yang ingin berkahwin tak boleh pakai. Ia dah jadi terlalu dikomersialkan. Banyak syarikat swasta tumbuh untuk memberi kursus pra-perkahwinan kepada bakal-bakal pengantin. Ustaz-ustaz yang mengendalikan kursus-kursus ini pun ramai yang lebih suka kira duit dari kira tahap kefahaman, iman dan taqwa para peserta. Ada kelas kursus yang jadi tempat gelak ketawa dan penyampaian cerita-cerita porno. Iman dan taqwa hanya dalam sukatan kursus bukan tersemai dalam hati.

Kerajaan perlu mengkaji semula sistem kursus pra-perkahwinan ini. Mungkin ilmu alam perkahwinan (dalam semua hal - bukan sex sahaja!) perlu diajar di sekolah-sekolah. Biar muda mudi faham tentang tanggung jawab dan hak-hak suami isteri. Perkahwinan bukan satu permainan tetapi satu kontrak yang tak terlerai sehingga akhirat. Biar fahaman orang kita begitu. Sekarang fahaman tentang nikah kahwin caca merba hanya unruk seronok-seronok sahaja. Bila dah tak seronok, cerai...begitulah.

Seperti yang aku kata, masalah kadar percerain tinggi bukan sebab fizikal tetapi spiritual. Tingkatkan iman dan taqwa, maka seluruh masalah masyarakat Melayu/Islam akan selesai. Itu sahaja.
.

02 November 2009

JAIS Tangkap Dr Asri ...Macam Tak Ada Kerja Lain!

JAIS tangkap Bekas Mufti Perlis, Dr Asri malam tadi di Taman Sri Ukay. Beliau buat kuliah bulanan di sana. 40 orang penguat kuasa JAIS dan polis datang kepung dan tangkap Dr Asri. Suasana macam tangkapan DSAI dulu.

Ini kerja gila. Kalau waktu UMNO memerintah Selangor dulu, biasa kita dengar ustaz-ustaz kena tangkap, waima, bekas mufti Kerajaan Selangor Sendiri, Allahyarham Dato' Ishak pun ditekan dan dipersoalkan tauliah memberi kuliah agama. Memanglah, waktu itu UMNO panas punggung bila dengar perkara haq diwar-warkan di masjid-masjid dan surau-surau. Itu dulu. Sekarang apa kes pulak?

Adakah sebab JAIS tak boleh setuju dengan pengangan aliran Salafi Ibn Tayimiah Dr Asri dan geng, maka ditangkap kawan tu. Come on la JAIS.... Bukankah Nabi dah kata perbezaan pendapat itu adalah rahmat bagi umatnya. Tak bolehkah JAIS meraikan perbezaan pendapat? Kalau ada hujah masing-masing, maka berbincanglah secara ilmiah. Bukan tangkap bila tak dapat jawab!

Apa Dato' Hassan buat. JAIS kan bawah Dato' Hassan Ali. Walaupun Dato' Hassan dalam keadaan agak panas dalam iklim PAS sekarang, Dato' Hassan perlu kawal ustaz-ustaz yang berperangai macam budak-budak dalam JAIS.

Kita dah cukup dengan kontroversi di Selangor, tolong jangan tambah lagi. Banyak kerja yang masih belum selesai. Amalan rasuah yang masih berleluasa perlu dibenteras.

Cerita pasal rasuah, SS baru sahaja lalui kesah getir di Pejabat Tanah Shah Alam. Ana jual rumah pada seorang adik ana dan sekarang dalam proses pertukaran nama dari pemaju kepada ana dan kemudian kepada adik ana tu. Fail dan presenatasi lawyer dah serahkan pada bulan mei 2009 lepas, tapi sampai sekarang tak setel lagi, dah masuk 6 bulan. Ana tak tahu samada peguam ana tak buat kerja atau pejabat tanah buat kerja macam siput.

Jadi nak cepat ana mintak tolong seorang kawan yang selalu berurusan di pejabat tanah Shah Alam. Bila dia pergi tanya, ada ke pegawai tu mintak duit RM2000 sebagai pelincir untuk cepatkan proses pertukaran nama. Kepala hotak dia!! Ini Selangor! Kerajaan Pakatan Rakyat! Mana integriti pegawai2 kerajaan. Tanpa segan silu mintak rasuah. Itu yang buat ana kecewa!

JAIS kenapa tak nak tangkap perasuah yang bermaharaja lela di Pejabat Tanah Shah Alam tu...dan di semua pejabat Kerajaan Tempatan. Ini sibuk tangkap Dr Asri. Walaupun Dr Asri tu berfahaman Salafi Ibn Tayimiah (atau Wahabi ikut cakap kasarnya), dia tak rasuah. Bukannya berdosa bagi kuliah tak ada tauliah JAIS. Hampeh!

26 October 2009

Tok Guru 'Mason' ?

Ana dapat satu SMS dari seorang anak muda yang cenderung dengan dengan perjuangan PAS. Seorang yang idealistik dalam menubuhkan Negara Islam Malaysia. Walaupun begitu beliau agak terkesan dengan teori konspirasi tentang usaha Zionis dan Yahudi Antarabangsa yang mahu menguasai dunia melalui Gerakan Freemason dan Illuminati.

Memang betul, kalau dilayan teori konspirasi ini maka Umat Islam akan sentiasa dalam keadaan resah gelisah, ibarat hidup dalam kuali panas. Ini kerana terpengaruh dengan teori yang megatakan bahawa tindak tanduk manusia di alam jagat ini telah ditentukan atau dikawal oleh sekumpulan golongan 'elite' yang menganggotai illuminati dan Freemason.

Apa yang kita risau ialah kesan pengaruh teori ini yang menyebabkan fahaman umat Islam yang terpengaruh itu terlencung, seolah-olah Allah tiada peranan dalam tindak tanduk manusia, semuanya dikotak-katikkan oleh Freemason dan Illuminati.

Sememangnya kita harus berhati-hati dan berwaspada selalu. Musuh Islam memang sentiasa akan mengambil kesempatan di atas kelalaian kita. Tetapi kewaspadaan itu (bila terlampau) juga akan menyebabkan minda kita dengan mudah dapat diprogramkan. Yakni hasutan halus masuk dan menyakinkan kita bahawa golongan 'elite' Yahudi kini menguasai segala urusan dunia tanpa orang Islam dapat berbuat apa-apa. Hasilnya, penyerahan bulat-bulat umat Islam kepada musuh mereka disebabkan kelampauan dalam kewaspadaan yang menjurus menjadi satu kepercayaan.

Olehitu, tanpa disedari kepercayaan Umat Islam bukan lagi kepada Allah swt tetapi kepada kuasa Illuminati/Freeamason!. Freemasonlah yang berkuasa dalam segala-galanya bukan Allah. Na'uzubillahi min zaalik.

Terbaru ada satu artikel dari blog http://mistisfiles.blogspot.com/ yang mendakwa bahawa Tun Mahathir, DS Anwar dan TGNA tergolong dalam linkungan Freemason. Dalam tulisan itu Mahathir dikatakan sememangnya anggota Mason dan Anwar pula menjadi Mason semasa dia dalam keadaan yang sangat lemah kerana dizalimi di penjara. Tok Guru pula terpengaruh oleh hasutan Freemason kerana telah tua, letih dan nyanyuk. Mindanya dengan senang terpengaruh dengan hasutan Mason. Dalam lain perkataan Tok Guru menjadi Mason secara tanpa sedar (Mason 'Jadi-jadian'), yakni di'Mason'kan.
Perkara ini dikuatkan bila TGNA berkeras tidak mahu UMNO dan PAS bergabung atau bersatu dalam bentuk apa sekalipun. Kenyataan TGNA menentang UMNO diputar belitkan menjadi kelihatan sangat pelik. Kenyataan TGNA dilukis di dalam media seperti orang yang tidak waras bercakap. Tetapi jikalah TGNA setuju dengan pergabungan UMNO/PAS, sudah tentu beliau menjadi orang yang paling waras dalam Maysia raya ini.
Sebenarnya TGNA dituduh menjadi 'Mason' kerana beliau konsisten menentang penyatuan dengan UMNO.
Penulis artikel itu telah membuat tuduhan yang sangat melampau dan tidak masuk akal. Sheikh Sambal berkata begini kerana;
1. Kenapa Mahathir dijadikan isu bila sebenarnya Mahathir tiada kuasa lagi dalam Malaysia. Beliau bukannya lagi PM dan cakap tidak diambil pusing oleh orang ramai kecuali pada unsur hiburan dan sindirannya. Jika benarlah dia adalah anggota Freemason, zaman itu dah berlalu. Mahathir dah tamat tempoh. Buat apalah freemason/Illuminati beriya-iya mahukan Mahathir. Lebih baik 'recruit' Najib. Diakan PM Malaysia sekarang.
Itulah yang hairannya, nama Najib lansung tidak disentuh dalam artikel itu. Hanya Mahathir, Anwar dan TGNA. Apakah Najib tidak ada nilai komersial kepada Gerakan Freemason. Bahkan..beliau sedang memegang tampuk kuasa sekarang. Tiada lansung Najib di'implicated' dalam hal ini. mmmmm....ini membuatkan kita tertanya-tanya.
2. Anwar sedang menghadapi zaman sukar. Parti PKR dalam keadaan kucar-kacir. Di Sabah dan Sarawak nama Anwar semakin tawar bila dia meletakkan bukan orang tempatan sebagai ketua PKR di sana. Adakah Anwar wakil umat Melayu sekarang. Tidak kelihatan begitu. Beliau nampak begitun banyak kompromi kepada bangsa bukan Melayu. Oleh kerana Melayu adalah Islam di Malaysia, maka Anwar bukan lagi 'the driving force' di kalangan mereka. Jadi, Anwar bukan sangat bermakna kepada Freemason dan Illuminati. Beliau mungkin salah seorang anggotanya tetapi dalam konteks sekarang tidak penting lagi.
3. TGNA adalah seorang yang kuat berpegang kepada Agama Islam. Beliau disayangi oleh semua, Bangsa Melayu dan Buklan Melayu. Hidupnya yang sederhana memikat hati rakyat. Orang yang akrab dengan Tuhan tentunya dalam peliharaan Tuhan. Allah swt adalah tempatnya mengadu sepanjang masa. Doa TGNA selalu makbul. Kemungkinan Freemason mempengaruhinya agak jauh kerana beliau dilindungi Allah. Beliau tidak maksum tetapi doanya didengari Tuhan. Pastilah Allah swt melindubginya dari tipudaya musuh-musuh Islam.
Memanglah Tok Guru sudah tua dan letih tetapi itu fizikalnya. Iman dan minda Tok Guru cergas umpada remaja belasan tahun. Pandangan Tok Guru jauh dan pengalamannya yang lalu mengajar beliau menjadi bijaksana dan berhikmah.
Olehkerana tentangan hebatnya terhadap 'Unity Government' bersama UMNO, maka timbul isu 'mason' ini. Tanggapan penulis Hikayat Tiga Masons Melayu:Mahathir,Anwar dan Nik Aziz terhadap Tok Guru mudah dipengaruhi oleh Zionis/Freemason/Illuminati sangat liar. Sungguh celupar dan kurang ajar. Halangan TGNA untuk PAS berpakat dengan UMNO dijadikan modal untuk menuduh beliau adalah penghalang kepada perpaduan Melayu/Islam dan seterusnya seorang Mason? TGNA sebenarnya sudah tahu kebobrokan UMNO. Beliau telah terkena dahulu. Bagaimana PAS dihalau seperti anjing kurap oleh UMNO setelah mereka menjadi kuat. TGNA tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sebab itulah beliau menghalang pakatan antara PAS dan UMNO. Olehkerana itu beliau dituduh telah menjadi tali barut Freemason dan penentang perpaduan Melayu.
Olehitu, ana menyeru kepada semua ahli dan penyokong2 PAS dan Islam agar tidak melayan tuduhan talibarut Freemason terhadap TGNA. Lebih banyak kalian melayan dan memikirkan perkara yang karut ini, maka satu kerja tak jadi. Marilah kita tumpukan minda dan gerak usaha untuk memajukan PAS sebagai alternatif kepada UMNO dan sebagai peneraju dalam Pakatan Rakyat.
Sheikh Sambal
15:15 27/10/2009

24 October 2009

Program Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz @ Miri 30/10 - 01/11/09

Hebahan Untuk Warga Miri Dan Kawasan Sekitarnya

Ceramah Perdana sempena Majlis Penutup Citra Ibadah & Konvokesyen IKBN Miri 2009

Tarikh: 30/10/2009

Masa: 8.30mlm

Tempat: Dewan Serbaguna IKBN Miri

Penceramah: Dato' Abu Hassin Din Al Hafiz

Tajuk: Terampil Dunia, Cemerlang Akhirat


Semua Warga Muslim Miri dan Kawasan Sekitar Di Jemput Hadir.

Datanglah beramai-ramai untuk sama-sama mengisi ilmu di dada dan memeriahkan lagi Majlis Penutup Citra Ibadah & Konvokesyen IKBN Miri 2009 kali ini.

.............................

Program Ybhg Dato' Abu Hassan seterusnya;


31/10/2009 - Kuliah Maghrib di Masjid Taman Tunku, Miri.

01/11/2009 - Kuliah Subuh di Masjid Piasau, Miri.


Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan Dato' Abu Hassan mengadakan kuliah atau ceramah,

sila hubungi

Ustaz Ridzuan
019 556 5645





17 October 2009

RON: Rakyat dirOmpak Najib...


RON95 minyak kualiti rendah tapi harga tinggi. Hari pertama ia diperkenalkan, harga terus dinaikkan dari yang dijanjikan RM1.75 kepada RM1.80 sama dengan harga lama RON97. Itulah yang didahulukan oleh Najib, bukan rakyat. KPI harga minyak pula melebihi sasaran. Najib memang handal. 1 Malaysia kena tipu.
Seorang sahabat mengeluh tentang minyak baru RON95 ini. Biasanya masa dia pakai RON97, Proton Perdananya yang dah berusia 15tahun, dapat dipandu sampai 500km dengan tangki penuh. Kini dengan RON95 dia cuma dapat 300km lebih sahaja! @##%%&&**!&*!! Berderai-derai sumpahnya kepada Najib. Dulu dia dapat simpan duit sikit tapi kini dengan RON95, lebih banyak belanja untuk minyak.
Betul juga kata sahabat itu. Penulis sendiri rasa RON95 memang kurang elok. Patutlah penulis rasa berat sejak kereta penulis pakai RON95. Satu hari penulis jumpa RON97 di Stesyen Petronas dekat Columbia Asia, Miri dan isi tangki dengan nya. Barulah rasa ringan bila RON97 masuk enjin kereta penulis. Tapi masalahnya RON97 amat mahal. RM2.05 seliter. 25sen lebih mahal dari RON95. @#$%^%&*&!!! Giliran penulis pulak menyumpah Najib.



Dari forum Autoworld penulis dapati ramai orang komplen pasal RON95 Shell dan Petronas. Depa kata BHP, Caltex dan Esso lebih baik dari Shell dan Petronas. Malang sungguh di Sarawak hanya ada Shell dan Petronas sahaja. Ada yang kata RON 95 BHP lebih dari RON97nya... entahlah..

Yang penulis tau, RON95 (Shell dan Petronas) memang crap! Nak guna RON97 walaupun jauh mahalnya, susah pula nak cari. Sebesar-besar Bandar Miri, cuma ada satu RON97 Petronas (dekat Hospital Columbia Asia) dan ada kawan bagi tau Shell depan Pelita/bawah Bukit Canada ada RON97.
Malaysia adalah pengeluar minyak kualiti terbaik di dunia... (sweet crude) tapi rakyat 1 Malaysia dipaksa pakai minyak kualiti hampeh!
Rakyat Didahulukan (dengan barang tak bermutu) dan Pencapaian (harga mahal) Diutamakan !!








16 October 2009

YB Lee: Gusar Memikirkan PAS....

Pas Miri akan julung kalinya mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri pada hari Sabtu 28 Shawal 1430 bersamaan dengan 17 Oktober 2009. Ini adalah pencapaian KPI yang cemerlang untuk PAS di Sarawak. Selepas Bandar Kuching, Miri kini menjadi pusat PAS berdakwah di Bumi Kenyalang ini.
Banting (banner) untuk mengajak penduduk sekitar Miri datang ke majlis itu pun dah dipasang di beberapa kawasan strategik di sekitar Bandar Miri. Maka akan berbulu lagilah mata YB Lee Kim Shin bila beliau melihat ada lagi banner dan poster PAS dipasang di kawasan beliau. Dalam Borneo Post 2 hari lepas, YB Lee Kim Shin kecewa kerana telah ada penyokong dari rakyat tempatan yang memasang banting ucapan sambutan Aidil Fitri di Miri. Sebelum itu beliau juga dilaporkan gusar bila terdapat banting Sambutan Aidili Fitri yang dipasang di kawasan beliau.
Banner jemputan Aidil Fitri kalai ini rasanya akan lebih menggusarkan beliau. Ada semacam ketakutan yang dihadapi oleh para pemimpin BN tempatan bila bersemuka dengan PAS, walaupun hanya simbol atau banting sahaja. Mereka tidak begitu kesah dengan PKR dan DAP. Tetapi bila PAS muncul, hati mula ketar dan gusar.
Sebenarnya ini mudah difahami. PAS untuk berkembang biak dikawasan atau negeri yang tidak mempunyai ramai orang Islam dan kefahaman tentang Islam di kalangan rakyat tempatan hanya sekadar adat orang Melayu, adalah ibarat mendaki Gunung Everest tanpa oksigen atau berenang merentas Laut China Selatan dengan sebelah kaki. Sungguh payah dan jerih. Jadi, bila ada manusia yang berusaha untuk menghidupkan PAS di sini maka manusia-manusia itu adalah wirajagat(superhero). Bagaiman mahu lawan superhero. Mereka kuat (semangat). Itulah yang ditakutkan oleh Lee Kim Shin.
Para pejuang PAS bergerak tanpa mengharapkan balasan meterial. Mereka yang mengeluarkan wang dan tenaga untuk menggerakkan PAS. Inilah yang ditakuti oleh YB Lee kerana BN terpaksa berbekanja besar untuk bergerak. Nasib baik mereka memegang kantung duit kerajaan. Kalau itu tak ada, lama dah BN akan terkubur.
YB Lee belum tau ke bahawa PAS KAwasan Miri sudah pun berdaftar. PAS akan bertanding di Miri bersama Pakatan Rakyat. Mungkin pembahagian kerusi belum lagi selesai tetapi PAS Miri telah mula bergerak untuk menyambar satu kerusi di Utara Sarawak.

15 October 2009

Khas Buat Pendokong Perjuangan Islam - Muhasabah PRK Bagan Pinang

Jumaat, Oktober 16, 2009

Pandangan dari seorang Pensyarah...

Cadangan buat PAS yang kalah teruk dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

1. Akuilah bahawa PAS sememangnya telah kalah dan jangan terlalu kerap menyalahkan musuh. Sebaliknya akuilah kelemahan sendiri.

2. Kemenangan tidak selalunya berpihak kepada yang benar.Kerana ada kalanya kekalahan itu memang wajar sebagai satu bentuk tarbiah.

3. Janganlah selalu bersifat angkuh kerana ahli-ahli PAS sudah mula bersifat angkuh dan terkena penyakit ahli politik yang sombong dalam mengejar pangkat dunia dan kedudukan.

4. Kekalahan di Bagan Pinang mungkin akibat dari ahli-ahli PAS yang meninggalkan solat ketika berkempen dan berkelakuan tidak beradab ketika berdepan penyokong lawan.

5. Zikir, taubat, solat malam mungkin diabaikan dan terlalu kurang di amalkan.

6. Waspadalah dengan budaya berpolitik yang mengejar jawatan (dalam pilihanraya) kerana ia lebih banyak menanamkan sifat takabbur dan melenyapkan rasa tawadhuk serta rendah diri. Inilah penyakit yang sudah mula merebak di kalangan wakil rakyat PAS.

7. Kekalahan mungkin juga disebabkan wujudnya bibit perpecahan di kalangan pemimpin PAS yang sering bertelagah pendapat (meskipun kononnya digambarkan sebagai sikap keterbukaan tetapi ia amat jelas bahawa tiadanya kesatuan hati).

8. Ingatlah musuh bukan menang dengan sebab kekuatannya tetapi ia menang dengan sebab maksiat dan kelemahan sendiri.

Moga PAS menerima kritikan saya ini dengan terbuka jika sekiranya mahu terus mara. Peliharalah Islam dalam diri maka akan tertegaklah Islam dalam negara.

Perjalanan memartabatkan Islam bukan semudah yang disangka, ia adalah perjalanan yang sangat jauh........

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Nisa ayat 19 :" Maka boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".

Ustaz Zuridan Daud (Pensyarah UMP)